w
Ramai mencari contoh resume terbaik kerana resume adalah dokumen yang lazimnya disediakan oleh seseorang untuk memohon pekerjaan di sesebuah syarikat. Kebiasaannya para pelajar lepasan universiti dan kolej akan berlumba-lumba menyediakan resume sebagai langkah awal untuk mencari peluang pekerjaan setelah menamatkan pengajian mereka. Dokumen ini amat penting kerana ia merupakan suatu peluang bagi pencari kerja untuk memberikan first impression kepada majikan sebelum dinilai dengan lebih lanjut menerusi sesi temuduga
Kandungan resume merangkumi maklumat ringkas peribadi, pencapaian akademik, kemahiran dan beberapa maklumat yang perlu berdasarkan bidang pekerjaan yang dimohon. Ringkasan pengalaman bekerja juga mustahak kerana ia dapat memberikan gambaran kepada majikan untuk menilai kebolehan setiap individu
Resume merupakan salah satu dokumen yang selalu diminta oleh majikan untuk mencari pekerja baru. Namun begitu, terdapat juga majikan yang memerlukan dokumen lain seperti biodata dan curriculum vitae (CV). Maka pencari kerja terutamanya graduan universiti dan kolej perlu peka dengan maklumat yang diperlukan oleh majikan sebelum memohon pekerjaan
Persaingan yang semakin tinggi hari ini memberikan cabaran kepada pencari kerja untuk memikat majikan yang menawarkan pekerjaan. Justeru, dengan menyediakan resume yang terbaik, majikan akan mendapat tanggapan pertama yang baik terhadap calon-calon yang mereka inginkan. Keyakinan diri pasti akan bertambah apabila resume yang digunakan mampu menarik minat majikan berbanding calon pencari kerja yang lain
Berikut dikongsikan ciri-ciri resume terbaik dan tips resume yang mampu menarik minat majikan terhadap pencari kerja
Berikut dikongsikan contoh resume terbaik untuk panduan:
Perbezaan antara resume dan CV adalah seperti berikut:
Resume | CV(Curiculum vitae) |
Satu muka surat | Dua atau tiga muka surat |
Tiada format tetap | Terdapat format yang perlu diikuti |
Gambar digalakkan | Tidak perlu untuk sertakan gambar |
Maklumat yang berkaitan jawatan sahaja | Maklumat diri, pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, kemahiran dan rujukan hendaklah disertakan |
Tidak perlu Cover Letter | Perlu sertakan Cover Letter |
Related : download dan edit, menulis resume, download contoh, permohonan kerja, templates untuk download, microsoft word, untuk edit, download resume,
Semak Kembali Artikel